ALUAN PENGUNJUNG

Selamat datang kepada semua pengunjung BLOG SMK LEPAR, PEKAN. Selain memaparkan info terkini berkaitan sekolah, blog ini dapat memberi manfaat Kepada semua Pengunjung terutamanya seluruh warga SMK LEPAR (pihak pentadbir, guru-guru, staf sokongan, pelajar) dan ibu bapa pelajar SMK LEPAR.

Wednesday, June 30, 2010

HUBUNGI KAMI

SMK LEPAR, PEKAN

Alamat : SMK Lepar, Pekan
              26300, Gambang
              Pahang Darul Makmur

No. Tel : 6095462392

No. Fax : 6095465794





LENCANA DAN LAGU

LENCANA SMKL


BINGKAI UTAMA - KELOMPOK LIMA
~ Mengambil bentuk Bunga Kebangsaan iaitu Bunga Raya
~ Lima juga mengambil sempena Rukun Islam Lima
~ Setiap kelompok masyarakat menggambarkan perkaitan saling membantu, memberi sokongan, dorongan dan merangsang antara satu dengan lain. Setiap kelompok mewakili kelompok pelajar, guru, ibu bapa, masyarakat dan Kementerian Pendidikan

IMEJ PADA SETIAP KELOMPOK
~ Berus dan Gergaji ~
(Membawa pengertian sekolah memberi penekanan kepada peningkatan KEMAHIRAN agar pelajar sentiasa berkebolehan, mahir dan cekap dalam bidang yang diceburi)
~ Orang Berlari ~
(Membawa pengertian sekolah sentiasa menekankan aktiviti KOKURIKULUM untuk membentuk pelajar yang berdaya saing)
~ Electron ~
(Mewakili kepentingan SAINS & TEKNOLOGI yang akan diterapkan kepada pelajar sepanjang mereka berada di sekolah ini)
~ Buku ~
(Mewakili teras utama sekolah iaitu AKADEMIK & BUDAYA membaca yang akan menjadi tunjang perjuangan sekolah menghasilkan pelajar yang berilmu dan berjaya)
~ Topi Graduan ~
(Mewakili wawasan sekolah dan cita-cita para pelajar agar sampai kepada destinasi PUNCAK ILMU yang menjadi idaman semua penuntut)

IMEJ GIAR
~ Membawa maksud usaha sentiasa dilakukan dengan gigih dan tabah, serta sentiasa mengaplikasi dan mencipta kaedah-kaedah baru dalam menjalankan tugas

IMEJ GADING
~ Mengambil sempena lambang kerajaan Negeri Pahang dan secara langsung membawa maksud sekolah ini terletak dalam Negeri Pahang Darul Makmur

IMEJ OBOR
~ Api yang menyala membawa pengertian semangat yang membara dan berkobar-kobar dalam apa-apa jua yang dilakukan

WARNA
~ Biru - pendidikan
~ Merah Darah - semangat waja dan usaha gigih
~ Kuning - kegemilangan dan kecemerlangan
~ Kelabu - menghadapi setiap kemungkinan
~ Putih - bersih dan suci

KARSION - SMK LEPAR, PEKAN
~ Nama sekolah yang diringkaskan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar, Pekan

Tuesday, June 29, 2010

LATAR BELAKANG

Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar (SMKL), di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Pekan. Kedudukannya kira-kira 50 kilometer dari Bandar Pekan dan 45 kilometer dari Bandar Kuantan. SMKL telah mula dibina pada tahun 2000 dan telah diserahkan pada bulan Disember pada tahun 2002. SMKL merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di kawasan kampung dan ladang LKPP. SMKL tersergam indah di tepi Lebuh Raya Tun Abdul Razak (Kuantan - Segamat). Selain bangunan sekolah, terdapat juga kuarters rumah guru (8 unit), asrama lelaki (200 pelajar) dan asrama perempuan (200 pelajar). SMKL telah dibuka pada 02/01/2002. Jumlah kelas dan pelajar dianggarkan berjumlah 22 kelas dan 600 pelajar pada tahun 2010. Manakala jumlah guru dan kakitangan bertambah kepada 46 orang guru dan 13 orang staff sokongan.

SMKL merupakan sekolah yang dibina secara 'Design and Build'. Banyak kemudahan telah disediakan seperti Bilik Pentadbiran yang berhawa dingin, bilik akademik yang lengkap seperti enam bilik makmal, bengkel KHB, Lukisan Kejuruteraan dan Pendidikan Seni, Makmal Komputer, Makmal Bahasa dan lain-lain lagi. Surau juga telah disediakan dengan kapasiti 250 pelajar. Kemudahan padang dan gelanggang untuk aktiviti kokurikulum juga disediakan.

Tahun 2003 merupakan tahun pertama pelajar mengambil peperiksaan PMR manakala SPM pada tahun 2004. Benchmark peperiksaan SPM adalah pada tahun 2004 dengan GPS 5.66 dan LMS 96.8%. Pada tahun 2008, peratus LMS dalam SPM adalah 100%. SMKL telah diberi kepercayaan untuk menjadi Pusat Pembelajaran Sains pada tahun 2008. Hal ini telah membuka peluang kepada pelajar untuk menceburi bidang Sains bertepatan dengan aspirasi negara.

Pada tahun 2017, SMK Lepar telah muncul sebagai Sekolah Harian Terbaik Daerah Pekan. Seterusnya pada tahun 2018, SMK Lepar telah menjadi Sekolah Transformasi (TS25).
InsyaAllah SMK Lepar akan terus cemerlang dan gemilang pada hari yang mendatang.

PKL di Makmal Komputer

            Bermula minggu ini hingga minggu hadapan, semua murid menengah rendah akan mengambil ujian PKL (Pentaksiran Kompetensi Literasi)...