ALUAN PENGUNJUNG

Selamat datang kepada semua pengunjung BLOG SMK LEPAR, PEKAN. Selain memaparkan info terkini berkaitan sekolah, blog ini dapat memberi manfaat Kepada semua Pengunjung terutamanya seluruh warga SMK LEPAR (pihak pentadbir, guru-guru, staf sokongan, pelajar) dan ibu bapa pelajar SMK LEPAR.

Tuesday, February 1, 2011

ALUAN PENGETUA




Assalamualaikum
Syukur alhamdulillah SMK Lepar telah dapat sama-sama menyahut seruan Kementerian Pelajaran untuk terus maju dalam arus Jalur Lebar (Dunia tiada sempadan).


Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak di sekolah ini yang telah memberikan sumbangan dalam apa-apa bentuk untuk memberi maklumat dan info-info yang terkini kepada warga sekolah. Komitmen dan permuafakatan yang dijelmakan pastinya akan menghasilkan kejayaan kepada pelajar dan pendidikan di SMK Lepar.
Proses pendidikan adalah proses berterusan. Ianya tidak hanya melibatkan proses pembelajaran secara formal di dalam kelas tetapi juga pembelajaran tidak formal yang diperolehi sendiri oleh pelajar dan ini boleh menambahkan pengetahuan dan maklumat yang berguna untuk mereka.


Akhir sekali saya mengharapkan agar semua mendapat kebaikan dari blog ini dan sama-sama mendapat manfaat dalam kehidupan masing-masing. InsyaAllah


Mohd Shuha bin Abdul Karim

PKL di Makmal Komputer

            Bermula minggu ini hingga minggu hadapan, semua murid menengah rendah akan mengambil ujian PKL (Pentaksiran Kompetensi Literasi)...