ALUAN PENGUNJUNG

Selamat datang kepada semua pengunjung BLOG SMK LEPAR, PEKAN. Selain memaparkan info terkini berkaitan sekolah, blog ini dapat memberi manfaat Kepada semua Pengunjung terutamanya seluruh warga SMK LEPAR (pihak pentadbir, guru-guru, staf sokongan, pelajar) dan ibu bapa pelajar SMK LEPAR.

Saturday, January 14, 2012

GOTONG ROYONG PERDANA

 
 

14 JANUARI 2012 ~ 8.00am - 1.00pm
Akiviti gotong royong Warga SMK Lepar (Guru, Staf Sokongan, Pelajar, Pekerja Swasta) bersama Ibu Bapa Pelajar.
 
 
Para pelajar bersama-sama membersihkan dan menceriakan kelas masing-masing untuk menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran sesi 2012.
 
 
Gotong royong kawasan Kolam SMK Lepar

Friday, January 13, 2012

PERASMIAN SURAU PEREMPUAN


13 JANUARI 2012 ~ 7.30am
Dengan rasminya, Surau Perempuan SMK Lepar, Pekan dibuka dan digunakan pada setiap hari Jumaat semasa Slot Bina Insan dan juga aktiviti solat Zohor berjemaah setiap hari selepas PnP sebelum pulang ke asrama dan rumah masing-masing.

 




Monday, January 9, 2012

PERHIMPUNAN RASMI (2)

 
9 JANUARI 2012 ~ 7.20am
Mandat pertama daripada Bonda Pengetua pada Majlis Perhimpunan Rasmi minggu pertama persekolahan

Friday, January 6, 2012

HARI PENDAFTARAN SEKOLAH DAN ASRAMA


PAMPLET

PAMPLET MUKA DEPAN DAN BELAKANG
 HARI PENDAFTARAN SEKOLAH DAN ASRAMA telah berlangsung sehari sebelum sesi persekolahan tahun 2012 iaitu pada 3 Januari 2012.

Pada tahun ini, bayaran tambahan (dahulunya dikenali sebagai yuran sekolah) tidak perlu dibayar. walaubagaimanapun, duit PIBG, buku Nilam, Lepar Learning, Saham Koperasi dan Tag Nama masih perlu dibayar.




PAMPLET MUKA DALAM
Pihak Sekolah berharap agar ibubapa dapat memberi kerjasama dalam proses mengisi borang2 yang disertakan dengan lengkap. Ini bagi memudahkan kerja2 Guru Tingkatan yang memerlukan maklumat pelajar untuk pelbagai kegunaan rasmi.

Kerjasama daripada pihak ibubapa didahulukan dengan ucapan terima kasih.


Gambar-gambar sekitar hari tersebut


Terima kasih kepada semua ibubapa, guru-guru dan staf sokongan serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Hari Pendaftaran Sekolah dan Asrama!!!

KEJAYAAN MILIK BERSAMA!

PKL di Makmal Komputer

            Bermula minggu ini hingga minggu hadapan, semua murid menengah rendah akan mengambil ujian PKL (Pentaksiran Kompetensi Literasi)...