ALUAN PENGUNJUNG

Selamat datang kepada semua pengunjung BLOG SMK LEPAR, PEKAN. Selain memaparkan info terkini berkaitan sekolah, blog ini dapat memberi manfaat Kepada semua Pengunjung terutamanya seluruh warga SMK LEPAR (pihak pentadbir, guru-guru, staf sokongan, pelajar) dan ibu bapa pelajar SMK LEPAR.

Tuesday, September 29, 2020

PKL di Makmal Komputer

         Bermula minggu ini hingga minggu hadapan, semua murid menengah rendah akan mengambil ujian PKL (Pentaksiran Kompetensi Literasi) secara secara online di Makmal Komputer. 

        Cikgu Farhana dan Cikgu Shahril dengan dibantu oleh staf makmal dan beberapa orang murid ditugaskan untuk menjalankan ujian ini.

        






Good luck untuk semua murid menengah rendah....

Seminar Teknik Menjawab Pra SPM tahun 2020

         Pada minggu ini diadakan Seminar Teknik Menjawab soalan Pra SPM untuk calon- calon SPM yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada awal tahun 2021 nanti.

        Para penceramah bergantung pada panitia....ada yang menjemput penceramah luar dan ada juga di kalangan guru SMK Lepar sendiri...









Monday, September 2, 2019

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SMKL 2019

Agak bersawang dah blog SMK Lepar ni....admin agak busy sikit...

Sambutan Bulan Kemerdekaan diadakan dengan cukup meriah sekali...
Barisan pentadbir, guru2 dan murid2 memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini...
Gimik dan montaj pun awesome...nak tgk gimik n montaj...sila klik link ni  https://youtu.be/SW1fRUHyjNo 

Untuk melihat bagaimana kemeriahan kami menyambut bulan kemerdekaan saksikan lah gambar- gambar ni










Saturday, February 9, 2019

GAMBAR - GAMBAR PEJABAT GURU


Pejabat Guru....tema mengikut citarasa masing- masing...




Tempat menyimpan hasil kerja murid

 Terdapat pelbagai ABM di pejabat guru


 Ruang  kerja guru



 Buku kerja dan buku rujukan murid


Friday, February 8, 2019

Mobile Class & SMK Lepar

Mobile Class & SMK Lepar...
Bila sebut SMK Lepar..banyak sekolah yang ingin mengetahui bagaimana perjalanan mobile class.

Mobile Class atau Kelas Bergerak ialah murid- murid perlu bergerak ke "Teacher's Office"/ Pejabat Guru setiap kali berlaku pertukaran subjek.

Setiap guru ada Pejabat Guru masing- masing....

Apakah kebaikan Mobile Class ni...

Kebaikan pada murid ialah
1. Tidak mengantuk (kerana perlu bergerak setiap kali bertukar subjek)
2. Melihat susun atur yang berbeza bagi setiap subjek
3. Murid menjadi aktif dan cergas
4. Murid "alert"dengan jadual kelas mereka

Kebaikan pada guru pula
1. Guru bebas mendekor kelas mereka mengikut citarasa masing2
    (ada tema english, moden, klasik, flora dll)
2. Guru boleh meletakkan ABM seperti LCD, radio, TV, mini whiteboard, marker dll
    (jimat tenaga)
3. Guru boleh meletakkan buku rujukan, buku latihan murid, buku teks murid dalam kelas mereka
4. Kelas sentiasa bersih kerana bawah jagaan guru
5. Tidak berlaku pergaduhan dalam kelas guru
6. Vandalisme juga dapat dikurangkan...

dalam post yang akan datang saya akan masukkan gambar teacher office yea...

Lawatan Penanda Aras SMK Nenasi

Selang seminggu selepas Lawatan dari SMK Selendang, SMK Lepar dikunjungi pula oleh SMK Nenasi....masih atas tujuan yang sama iaitu untuk melihat perjalanan Mobile Class di SMK Lepar...
😍
Moga dengan lawatan ini hubungan antara SMK Lepar dengan SMK Nenasi menjadi semakin erat...


 Ahli rombongan bergambar kenangan dengan para pentadbir SMK Lepar




Lawatan Penanda Aras Dari SMK Selendang, Rompin

Pada 11 Januari 2019, SMK Lepar telah dikunjungi oleh beberapa orang guru dari SMK Selendang, termasuk Pengetuanya En Nordin bin Jais. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat perjalanan Mobile Class di SMK Lepar. Selain daripada melawat "Teacher's Office" , En Nordin dan rombongan turut  melawat bilik- bilik khas yang lain....
Terima Kasih SMK Selendang atas kunjungan ini😊
 Rombongan dari SMK Selendang bergambar bersama Pengetua 
dan PK Pentadbiran SMK Lepar
 Bergambar kenangan
 Melawat Pejabat Guru Pn Azizah bt Mat Din
 Pengetua SMK Lepar dan SMK Selendang sedang berbincang
sesuatu
 Melawat pejabat guru En Zakria bin Halid
 Melawat pejabat guru En Syahrilman  bin Zakaria
Bilik Psikometric Creative

PKL di Makmal Komputer

            Bermula minggu ini hingga minggu hadapan, semua murid menengah rendah akan mengambil ujian PKL (Pentaksiran Kompetensi Literasi)...