ALUAN PENGUNJUNG

Selamat datang kepada semua pengunjung BLOG SMK LEPAR, PEKAN. Selain memaparkan info terkini berkaitan sekolah, blog ini dapat memberi manfaat Kepada semua Pengunjung terutamanya seluruh warga SMK LEPAR (pihak pentadbir, guru-guru, staf sokongan, pelajar) dan ibu bapa pelajar SMK LEPAR.

Monday, August 8, 2011

Perhimpunan Rasmi


Perhimpunan Rasmi berjalan seperti biasa. Ucapan rasmi disampaikan oleh GPK1 Pn. Rahyu bt Shaharuddin


Tahniah kepada Pemenang Bulanan Pertandingan Keceriaan Kelas ( Bulan Julai )

Kategori Menengah Rendah
Johan : 3 Amanah

Kategori Menengah Atas
Johan : 5 Cemerlang (MPV)


Monday, August 1, 2011

PRA-PERCUBAAN SPM 2011

Calon SPM sedang menduduki Peperiksaan Pra-Percubaan bermula 1 Ogos 2011 sehingga 9 Ogos 2011

Buat betul-betul!!! Gembirakan hati gurumu... Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan membina keyakinan untuk peperiksaan yang sebenar!!!

Thursday, July 28, 2011

PROGRAM2 KURIKULUM SEPANJANG PENGGAL KEDUA

PROGRAM PMR 
  1. Kelas Pemulihan PMR (BM) ~ Julai - Oktober (15 orang)
  2. Program 'Make It Easy' ~ Julai - Oktober (Tingkatan 3C & 3D)
  3. Kelas Rakan Matematik ~ Julai - Oktober (Tingkatan 3A)
  4. Pemantapan Ilmu Sains ~ Julai - Oktober (Tingkatan 3B)
  5. Kelas Tambahan ~ Julai - Oktober (Fokus Tajuk Pelajaran Ting. 1 & 2)
  6. Gerak Gempur PMR (Sejarah, Geografi, KHB) ~ (Jadual Sivik & Seni)
  7. Seminar Teknik Menjawab Fasa 2 ~ Julai - September
  8. Peperiksaan Pra-Percubaan PMR ~ 26 - 29 Julai 2011
  9. Peperiksaan Percubaan PMR ~ 15 - 19 Ogos 2011
  10. Titian Ilmu (MRSM) ~ 5 - 9 September 2011
  11. Motivasi Calon PMR 2011 ~ 15 September 2011
  12. Pra-PMR 2011 ~ 20 - 23 September 2011
  13. Solat Hajat Perdana ~ 30 September 2011
  14. Majlis Restu Ilmu PMR ~ 3 Oktober 2011
  15. Peperiksaan PMR Bermula ~ 4 - 11 Oktober 2011


PROGRAM SPM 
  1. Kelas Pemulihan BM ~ Julai - Oktober (39 orang)
  2. Kelas Rakan Matematik ~ Julai - Oktober (Fokus Pelajar Cemerlang / Potensi)
  3. Gerak Gempur JUJ ~ Julai - Oktober
  4. Seminar Teknik Menjawab Fasa 2 ~ Julai - Oktober
  5. Kelas Tambahan ~ Julai - Oktober (Fokus Topik Ting. 4)
  6. Peperiksaan Pra-Percubaan ~ 1 - 9 Ogos 2011
  7. Peperiksaan Percubaan SPM ~ 5 - 15 September 2011
  8. Seminar Persediaan Akhir Menghadapi SPM (Dengan Kerjasama MSU) ~ 23 - 24 September 2011
  9. Program Titian Ilmu (Menginap di SBPI) ~ 3 - 7 Oktober 2011
  10. Pra-SPM ~ 10 - 18 Oktober 2011
  11. Solat Hajat Perdana ~ 30 September 2011
  12. Majlis Restu Ilmu ~ 11 November 2011
  13. Peperiksaan SPM Bermula ~ 14 November 2011

Semoga semua warga SMKL berganding bahu melaksanakan program yang telah direncanakan untuk kecemerlangan bersama...

Tuesday, July 26, 2011

PEPERIKSAAN PRA-PERCUBAAN PMR

Peperiksaan Pra-Percubaan PMR yang berlangsung bermula daripada 26 Julai 2011 - 29 Julai 2011 adalah bertujuan agar para pelajar bersedia mental dan fizikal bagi menghadapi Percubaan PMR yang sebenar pada 15 Ogos 2011 sebelum menempuh PMR yang tidak lama lagi.
Kepada semua calon PMR 2011, jawab betul-betul, pastikan A dalam tangan!!! Berusaha bersungguh-sungguh yer! Kami warga SMK Lepar mendoakan kalian sukses!!!
chaiyok! chaiyok! chaiyok!

Tuesday, February 1, 2011

ALUAN PENGETUA




Assalamualaikum
Syukur alhamdulillah SMK Lepar telah dapat sama-sama menyahut seruan Kementerian Pelajaran untuk terus maju dalam arus Jalur Lebar (Dunia tiada sempadan).


Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak di sekolah ini yang telah memberikan sumbangan dalam apa-apa bentuk untuk memberi maklumat dan info-info yang terkini kepada warga sekolah. Komitmen dan permuafakatan yang dijelmakan pastinya akan menghasilkan kejayaan kepada pelajar dan pendidikan di SMK Lepar.
Proses pendidikan adalah proses berterusan. Ianya tidak hanya melibatkan proses pembelajaran secara formal di dalam kelas tetapi juga pembelajaran tidak formal yang diperolehi sendiri oleh pelajar dan ini boleh menambahkan pengetahuan dan maklumat yang berguna untuk mereka.


Akhir sekali saya mengharapkan agar semua mendapat kebaikan dari blog ini dan sama-sama mendapat manfaat dalam kehidupan masing-masing. InsyaAllah


Mohd Shuha bin Abdul Karim

PKL di Makmal Komputer

            Bermula minggu ini hingga minggu hadapan, semua murid menengah rendah akan mengambil ujian PKL (Pentaksiran Kompetensi Literasi)...