ALUAN PENGUNJUNG

Selamat datang kepada semua pengunjung BLOG SMK LEPAR, PEKAN. Selain memaparkan info terkini berkaitan sekolah, blog ini dapat memberi manfaat Kepada semua Pengunjung terutamanya seluruh warga SMK LEPAR (pihak pentadbir, guru-guru, staf sokongan, pelajar) dan ibu bapa pelajar SMK LEPAR.

Monday, July 26, 2010

AKTIVITI MINGGU INI ~ 26.07.10 - 01.08.10 ~

( Aktiviti : Tarikh : Masa : Tempat )

1. Kelas Lepar Learning (Form3&5) : Mac - November : 3.30-4.30pm : Kelas
2. Kelas STF (PPS) : Mac-Oktober : 3.30-5.30 / 8.30-10.30 : Kelas
3. Cuti Peristiwa Sempena Sukan Tahunan Sekolah : 26 Julai 2010
4. Program Bulan Membaca : 9 Julai - 30 Julai 2010 : Mengikut Jadual Yang Diedarkan : SMKL
5. English Language Week : 27 Julai - 30 Julai 2010 : Mengikut Jadual : SMKL
6. Mesyuarat Majlis Tertinggi : 27 Julai 2010 : 12.00pm : Bilik Pengetua
7. Perjumpaan Pelajar Kelompok Potensi Lulus SPM 2010 Bersama Pentadbir : 28 Julai 2010 : 9.30am : Bilik  Gerakan
8. Ceramah Isra' Mikraj : 30 Julai 2010 : 7.20am (Masa Bina Insan) : Dataran Ilmu

Monday, July 19, 2010

AKTIVITI MINGGU INI ~ 19 - 25 JULAI 2010 ~

..          ( Aktiviti : Tarikh : Masa : Tempat )
  1. Kelas Lepar Learning (Form 3 & 5) : Mac - November : 3.30 - 5.30 pm : Kelas
  2. Kelas STF (PPS) : Mac - Oktober : 3.30 - 5.30 pm / 8.30 - 10.30 pm : Kelas
  3. Mesyuarat Kurikulum Ke-3 dan Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 : 20 Julai 2010 : 3.00 - 4.30 pm : Bilik Mesyuarat
  4. Kejohanan Sukantara antara Rumah Sukan : 21 Julai 2010 : 3.30 pm : Padang
  5. Acara 1500m, 800m, 4x400m, Lompat Jauh, Lontar Peluru, Lompat Tinggi Berlangsung : 22 Julai 2010 : 3.30 pm : Padang
  6. Raptai Perbarisan Sukan Tahunan 2010 : 23 Julai 2010 : 7.30 - 10.10 am : Padang
  7. Aktiviti Menghias Rumah Sukan : 24 Julai 2010 : 3.30 - 5.30 pm : Padang
  8. Kejohanan Sukan Tahunan 2010 : 25 Julai 2010 : 7.30 am : Padang

Thursday, July 8, 2010

SECEBIS BICARA MANTAN BONDA PENGETUA SEMPENA PELANCARAN BLOG SEKOLAH


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah inayah-Nya, SMK Lepar, Pekan, Gambang, Pahang Darul Makmur telah mampu mewujudkan laman blog sendiri.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada unit ICT SMK Lepar, khususnya Puan Siti Raudhah Md Merzuki kerana berkat kegigihan dan kerjasama mantap warga SMK Lepar, PPD Pekan dan PKG Pekan telah membuka lembaran baru untuk SMK Lepar dengan pelancaran laman blog pada 9 Julai 2010.
Dengan adanya laman blog ini, dapatlah warga SMKL memaparkan maklumat berkaitan perkembangan dan aktiviti-aktiviti sekolah dari semasa ke semasa. Semoga laman blog ini menjadi satu bentuk perkongsian maklumat untuk sekolah dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN Pahang, PPD Pekan, ibu bapa, bekas pelajar dan masyarakat setempat.
Buat guru-guru, pelajar-pelajar dan seluruh warga SMK Lepar, jadikan kejayaan pelancaran laman blog ini sebagai salah satu jalan untuk menempa kejayaan demi kejayaan agar satu ketika nanti sekolah ini menjadi antara sekolah yang cemerlang di daerah Pekan.
Kejayaan 'LEPAR' , kejayaan kita bersama.
Semoga Allah memberkati usaha murni ini.
Terima kasih juga buat penasihat dari unit ICT SMK Paya Besar, Kuantan. Semoga Allah membalas jasa kalian.
Wassalam.

Datin Hajah Fauziah Binti Ismail

Monday, July 5, 2010

Perhimpunan Rasmi 5 Julai 2010

Ucapan Yg Berbahagia Datin Hajah Fauziah bt Ismail (Pengetua)
dan ucapan pertama En Kamarudin bin Taib sebagai GPK HEM yang baru di SMK Lepar, Pekan.
turut serta Pn. Rahyu bt Shaharudin (GPK 1) dan En Hamdan Nor bin Abdullah (GPK Ko)



Beberapa orang pelajar yang berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 bagi Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 yang lalu.
Tahniah diucapkan!!!
Pelajar lain, Chaiyok! Chaiyok! Chaiyok!
 U All Can Do It!!!
demi SMK Lepar tercinta...



Barisan guru dan pelajar khusyuk mendengar ucapan dan mencatat perkara penting... 

PKL di Makmal Komputer

            Bermula minggu ini hingga minggu hadapan, semua murid menengah rendah akan mengambil ujian PKL (Pentaksiran Kompetensi Literasi)...