ALUAN PENGUNJUNG

Selamat datang kepada semua pengunjung BLOG SMK LEPAR, PEKAN. Selain memaparkan info terkini berkaitan sekolah, blog ini dapat memberi manfaat Kepada semua Pengunjung terutamanya seluruh warga SMK LEPAR (pihak pentadbir, guru-guru, staf sokongan, pelajar) dan ibu bapa pelajar SMK LEPAR.

Tuesday, June 29, 2010

LATAR BELAKANG

Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar (SMKL), di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Pekan. Kedudukannya kira-kira 50 kilometer dari Bandar Pekan dan 45 kilometer dari Bandar Kuantan. SMKL telah mula dibina pada tahun 2000 dan telah diserahkan pada bulan Disember pada tahun 2002. SMKL merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di kawasan kampung dan ladang LKPP. SMKL tersergam indah di tepi Lebuh Raya Tun Abdul Razak (Kuantan - Segamat). Selain bangunan sekolah, terdapat juga kuarters rumah guru (8 unit), asrama lelaki (200 pelajar) dan asrama perempuan (200 pelajar). SMKL telah dibuka pada 02/01/2002. Jumlah kelas dan pelajar dianggarkan berjumlah 22 kelas dan 600 pelajar pada tahun 2010. Manakala jumlah guru dan kakitangan bertambah kepada 46 orang guru dan 13 orang staff sokongan.

SMKL merupakan sekolah yang dibina secara 'Design and Build'. Banyak kemudahan telah disediakan seperti Bilik Pentadbiran yang berhawa dingin, bilik akademik yang lengkap seperti enam bilik makmal, bengkel KHB, Lukisan Kejuruteraan dan Pendidikan Seni, Makmal Komputer, Makmal Bahasa dan lain-lain lagi. Surau juga telah disediakan dengan kapasiti 250 pelajar. Kemudahan padang dan gelanggang untuk aktiviti kokurikulum juga disediakan.

Tahun 2003 merupakan tahun pertama pelajar mengambil peperiksaan PMR manakala SPM pada tahun 2004. Benchmark peperiksaan SPM adalah pada tahun 2004 dengan GPS 5.66 dan LMS 96.8%. Pada tahun 2008, peratus LMS dalam SPM adalah 100%. SMKL telah diberi kepercayaan untuk menjadi Pusat Pembelajaran Sains pada tahun 2008. Hal ini telah membuka peluang kepada pelajar untuk menceburi bidang Sains bertepatan dengan aspirasi negara.

Pada tahun 2017, SMK Lepar telah muncul sebagai Sekolah Harian Terbaik Daerah Pekan. Seterusnya pada tahun 2018, SMK Lepar telah menjadi Sekolah Transformasi (TS25).
InsyaAllah SMK Lepar akan terus cemerlang dan gemilang pada hari yang mendatang.

PKL di Makmal Komputer

            Bermula minggu ini hingga minggu hadapan, semua murid menengah rendah akan mengambil ujian PKL (Pentaksiran Kompetensi Literasi)...