ALUAN PENGUNJUNG

Selamat datang kepada semua pengunjung BLOG SMK LEPAR, PEKAN. Selain memaparkan info terkini berkaitan sekolah, blog ini dapat memberi manfaat Kepada semua Pengunjung terutamanya seluruh warga SMK LEPAR (pihak pentadbir, guru-guru, staf sokongan, pelajar) dan ibu bapa pelajar SMK LEPAR.

Saturday, February 9, 2019

GAMBAR - GAMBAR PEJABAT GURU


Pejabat Guru....tema mengikut citarasa masing- masing...




Tempat menyimpan hasil kerja murid

 Terdapat pelbagai ABM di pejabat guru


 Ruang  kerja guru



 Buku kerja dan buku rujukan murid


Friday, February 8, 2019

Mobile Class & SMK Lepar

Mobile Class & SMK Lepar...
Bila sebut SMK Lepar..banyak sekolah yang ingin mengetahui bagaimana perjalanan mobile class.

Mobile Class atau Kelas Bergerak ialah murid- murid perlu bergerak ke "Teacher's Office"/ Pejabat Guru setiap kali berlaku pertukaran subjek.

Setiap guru ada Pejabat Guru masing- masing....

Apakah kebaikan Mobile Class ni...

Kebaikan pada murid ialah
1. Tidak mengantuk (kerana perlu bergerak setiap kali bertukar subjek)
2. Melihat susun atur yang berbeza bagi setiap subjek
3. Murid menjadi aktif dan cergas
4. Murid "alert"dengan jadual kelas mereka

Kebaikan pada guru pula
1. Guru bebas mendekor kelas mereka mengikut citarasa masing2
    (ada tema english, moden, klasik, flora dll)
2. Guru boleh meletakkan ABM seperti LCD, radio, TV, mini whiteboard, marker dll
    (jimat tenaga)
3. Guru boleh meletakkan buku rujukan, buku latihan murid, buku teks murid dalam kelas mereka
4. Kelas sentiasa bersih kerana bawah jagaan guru
5. Tidak berlaku pergaduhan dalam kelas guru
6. Vandalisme juga dapat dikurangkan...

dalam post yang akan datang saya akan masukkan gambar teacher office yea...

Lawatan Penanda Aras SMK Nenasi

Selang seminggu selepas Lawatan dari SMK Selendang, SMK Lepar dikunjungi pula oleh SMK Nenasi....masih atas tujuan yang sama iaitu untuk melihat perjalanan Mobile Class di SMK Lepar...
😍
Moga dengan lawatan ini hubungan antara SMK Lepar dengan SMK Nenasi menjadi semakin erat...


 Ahli rombongan bergambar kenangan dengan para pentadbir SMK Lepar




Lawatan Penanda Aras Dari SMK Selendang, Rompin

Pada 11 Januari 2019, SMK Lepar telah dikunjungi oleh beberapa orang guru dari SMK Selendang, termasuk Pengetuanya En Nordin bin Jais. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat perjalanan Mobile Class di SMK Lepar. Selain daripada melawat "Teacher's Office" , En Nordin dan rombongan turut  melawat bilik- bilik khas yang lain....
Terima Kasih SMK Selendang atas kunjungan ini😊
 Rombongan dari SMK Selendang bergambar bersama Pengetua 
dan PK Pentadbiran SMK Lepar
 Bergambar kenangan
 Melawat Pejabat Guru Pn Azizah bt Mat Din
 Pengetua SMK Lepar dan SMK Selendang sedang berbincang
sesuatu
 Melawat pejabat guru En Zakria bin Halid
 Melawat pejabat guru En Syahrilman  bin Zakaria
Bilik Psikometric Creative

PKL di Makmal Komputer

            Bermula minggu ini hingga minggu hadapan, semua murid menengah rendah akan mengambil ujian PKL (Pentaksiran Kompetensi Literasi)...