ALUAN PENGUNJUNG

Selamat datang kepada semua pengunjung BLOG SMK LEPAR, PEKAN. Selain memaparkan info terkini berkaitan sekolah, blog ini dapat memberi manfaat Kepada semua Pengunjung terutamanya seluruh warga SMK LEPAR (pihak pentadbir, guru-guru, staf sokongan, pelajar) dan ibu bapa pelajar SMK LEPAR.

Saturday, June 30, 2012

MAJLIS JALINAN MESRA IBUBAPA DAN SEKOLAH

 
30 JUN 2012 ~ 8.00am - 2.00pm
MAJLIS JALINAN MESRA IBU BAPA DAN SEKOLAH merupakan suatu program yang menggabungkan pelbagai aktiviti iaitu :
1) Seminar PMR & SPM untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 di Makmal Bahasa dan Bilik Tayangan,
2) Bengkel Keibubapaan untuk ibu bapa pelajar di Kafeteria,
3) Taklimat Penerimaan Notebook '1 Malaysia' dan penyerahan borang permohonan,
4) Sesi tandatangan Buku Rekod Kemajuan bagi pelajar tingkatan 2 - 5,
5) Jualan Gerai sempena Hari Koperasi Sekolah di Tempat Letak Kereta Berbumbung
 
 

-     Seawal 7.30am ketibaan ibu bapa dan penjaga dan mereka membuat pendaftaran sebelum mengambil tempat masing-masing yang telah disediakan. 50 orang ibu bapa dan penjaga yang terawal mendapat Majalah Solusi percuma disumbangkan oleh En. Shahril bin Mohd Hanif
-     Majlis bermula jam 8.30am dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sobirim bin Said dan disusuli oleh ucapan aluan oleh Pn. Hjh Syarifah Nilawati binti Syed Abdul Rahman, Pengetua SMK Lepar
 
 
-     Sesi slot ceramah disampaikan oleh Encik Sayed  Hamzah bin S. Abdullah, Pegawai di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Negeri Pahang
 
-     Sesi ceramah berfokus kepada peranan besar ibu bapa dalam menentukan kecemerlangan anak masing-masing bermula daripada rumah selain daripada bantuan guru-guru dan rakan-rakan mereka di sekolah
 
-     Selepas sesi penyerahan cenderamata kepada penceramah, semua ibu bapa dan penjaga serta tetamu jemputan dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan
 
 
-     Penyerahan borang permohonan ‘notebook’ 1 Malaysia diedarkan kepada ibu bapa / penjaga yang masih belum memohon dan sedikit taklimat diberikan kepada ibu bapa / penjaga yang terlibat dengan penerimaan ‘notebook’ 1 Malaysia sahaja oleh En. Jaidi b Mohamed Tahir, GPK HEM, SMK Lepar
-     Selepas jamuan, ibu bapa menandatangani buku rekod kemajuan anak masing-masing mengikut kelas mereka dan perbincangan sahsiah dan akademik anak-anak dibincangkan bersama guru kelas masing-masing
 
-       Majlis bersurai pada jam 2.00pm



PKL di Makmal Komputer

            Bermula minggu ini hingga minggu hadapan, semua murid menengah rendah akan mengambil ujian PKL (Pentaksiran Kompetensi Literasi)...