ALUAN PENGUNJUNG

Selamat datang kepada semua pengunjung BLOG SMK LEPAR, PEKAN. Selain memaparkan info terkini berkaitan sekolah, blog ini dapat memberi manfaat Kepada semua Pengunjung terutamanya seluruh warga SMK LEPAR (pihak pentadbir, guru-guru, staf sokongan, pelajar) dan ibu bapa pelajar SMK LEPAR.

Thursday, July 8, 2010

SECEBIS BICARA MANTAN BONDA PENGETUA SEMPENA PELANCARAN BLOG SEKOLAH


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah inayah-Nya, SMK Lepar, Pekan, Gambang, Pahang Darul Makmur telah mampu mewujudkan laman blog sendiri.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada unit ICT SMK Lepar, khususnya Puan Siti Raudhah Md Merzuki kerana berkat kegigihan dan kerjasama mantap warga SMK Lepar, PPD Pekan dan PKG Pekan telah membuka lembaran baru untuk SMK Lepar dengan pelancaran laman blog pada 9 Julai 2010.
Dengan adanya laman blog ini, dapatlah warga SMKL memaparkan maklumat berkaitan perkembangan dan aktiviti-aktiviti sekolah dari semasa ke semasa. Semoga laman blog ini menjadi satu bentuk perkongsian maklumat untuk sekolah dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN Pahang, PPD Pekan, ibu bapa, bekas pelajar dan masyarakat setempat.
Buat guru-guru, pelajar-pelajar dan seluruh warga SMK Lepar, jadikan kejayaan pelancaran laman blog ini sebagai salah satu jalan untuk menempa kejayaan demi kejayaan agar satu ketika nanti sekolah ini menjadi antara sekolah yang cemerlang di daerah Pekan.
Kejayaan 'LEPAR' , kejayaan kita bersama.
Semoga Allah memberkati usaha murni ini.
Terima kasih juga buat penasihat dari unit ICT SMK Paya Besar, Kuantan. Semoga Allah membalas jasa kalian.
Wassalam.

Datin Hajah Fauziah Binti Ismail

No comments:

PKL di Makmal Komputer

            Bermula minggu ini hingga minggu hadapan, semua murid menengah rendah akan mengambil ujian PKL (Pentaksiran Kompetensi Literasi)...