30 JUN 2012 ~ 8.00am - 2.00pm
MAJLIS JALINAN MESRA IBU BAPA DAN SEKOLAH merupakan suatu program yang menggabungkan pelbagai aktiviti iaitu :
1) Seminar PMR & SPM untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 di Makmal Bahasa dan Bilik Tayangan,
2) Bengkel Keibubapaan untuk ibu bapa pelajar di Kafeteria,
3) Taklimat Penerimaan Notebook '1 Malaysia' dan penyerahan borang permohonan,
4) Sesi tandatangan Buku Rekod Kemajuan bagi pelajar tingkatan 2 - 5,
5) Jualan Gerai sempena Hari Koperasi Sekolah di Tempat Letak Kereta Berbumbung
-
Seawal 7.30am ketibaan ibu bapa dan penjaga dan mereka
membuat pendaftaran sebelum mengambil tempat masing-masing yang telah
disediakan. 50 orang ibu bapa dan penjaga yang terawal mendapat Majalah Solusi
percuma disumbangkan oleh En. Shahril bin Mohd Hanif
-
Majlis bermula jam 8.30am dengan bacaan doa oleh
Ustaz Mohd Sobirim bin Said dan disusuli oleh ucapan aluan oleh Pn. Hjh
Syarifah Nilawati binti Syed Abdul Rahman, Pengetua SMK Lepar
-
Sesi slot ceramah disampaikan oleh Encik
Sayed Hamzah bin S. Abdullah, Pegawai di
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Negeri Pahang
-
Sesi ceramah berfokus kepada peranan besar ibu bapa
dalam menentukan kecemerlangan anak masing-masing bermula daripada rumah selain
daripada bantuan guru-guru dan rakan-rakan mereka di sekolah
-
Selepas sesi penyerahan cenderamata kepada
penceramah, semua ibu bapa dan penjaga serta tetamu jemputan dijemput untuk
menikmati jamuan yang telah disediakan
-
Penyerahan borang permohonan ‘notebook’ 1
Malaysia diedarkan kepada ibu bapa / penjaga yang masih belum memohon dan
sedikit taklimat diberikan kepada ibu bapa / penjaga yang terlibat dengan
penerimaan ‘notebook’ 1 Malaysia sahaja oleh En. Jaidi b Mohamed Tahir, GPK
HEM, SMK Lepar
-
Selepas jamuan, ibu bapa menandatangani buku
rekod kemajuan anak masing-masing mengikut kelas mereka dan perbincangan
sahsiah dan akademik anak-anak dibincangkan bersama guru kelas masing-masing
- Majlis
bersurai pada jam 2.00pm
No comments:
Post a Comment